Thursday, October 17, 2013

Takaful…Takaful…Takaful. Apa sebenarnya takaful ni?




PruBsn Takaful


Takaful
Orang selalu sebut Takaful…Takaful…Takaful. Apa sebenarnya takaful ni?

Takaful menggunakan konsep yang mempunyai 4 asas iaitu berkongsi, tanggung jawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga dan melindungi kepentingan sesama peserta. 

Mengamalkan konsep tabbaru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan bagi membantu antara satu sama lain dimasa yang diperlukan 


Contohnya begini:
Ali, Karim, Samad dan Azman bersepakat nak tubuhkan satu tabung. Di mana tabung ini mereka berempat akan menyumbang RM200 setiap bulan. Mereka sepakat sekiranya antara mereka ditimpa musibah mereka boleh gunakan dana dalam tabung tersebut.

Sebab itu dalam takaful anda bukannya beli takaful tetapi menyertai takaful. Prudential BSN Takaful Terbaik sekadar operator yang menguruskan wang-wang anda.

Operator akan memikirkan bagaimana mahu gandakan wang-wang anda itu. Dan operator akan mengenakan sedikit upah untuk menguruskan wang-wang peserta.


Takaful itu konsep Islam, dan Islam itu indah.


Tahap kehidupan sentiasa berubah.
Keperluan hidup tidak statik, ia akan berubah mengikut peredaran masa. Malah keperluan hidup juga akan berubah. Apa pun perubahan berlaku sudahkah kita bersedia? Alhamdulillah jika sudah.

Siapa antara anda tahu seminit akan datang apa akan berlaku atas dirinya? Oleh kerana kita tidak tahu maka kita perlu merancang kewangan kita.

Kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita. PrudentialBSN Takaful Terbaik membantu anda memenuhi keperluan anda dengan takafulink

Ianya satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan mengikut syariah. Ia mempunyai ciri-ciri lengkap mengikut keperluan anda.

Berdasarkan Syariah
PrudentialBSN Takaful Terbaik  Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

Komprehensif
PrudentialBSN Takaful Terbaik Pelan yang cukup lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

Fleksible
PrudentialBSN Takaful Terbaik membenarkan anda boleh mengubah caruman bulanan mengikut kesesuaian anda dari masa ke semasa meskipun polisi telah di keluarkan. Ini memberi kebebasan anda dalam merancang


Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman

Dana Ekuiti Dinasti (Dana Shariah dari negara China)

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.

Harap post blog PrudentialBSN Takaful Terbaik kali ini dapat membantu anda memahami konsep takaful dengan baik Inshaa Allah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...