PruBsn Takaful SmartLink
Assalamualaikum dan apa khabar? Semoga hari ini hari yang ceria dan gembira untuk kita semua. Alhamdulillah saya masih bernafas hari ini untuk membantu lebih ramai orang. Itulah tugas saya di Prubsn Takaful.
Hari ini saya akan bercerita tentang ragam prospek saya seorang perokok. Setelah set temujanji maka kami pun berjumpalah di sebuah kedai makan di Kuala Terengganu.
Presentation hari ini adalah berkenaan PruBsn Takaful SmartLink (PBTS). Ok apa sebenarnya PBTS ni? PBTS adalah pelan pendidikan untuk anak-anak. Saya respek abang ini kerana ada rasa concern untuk pendidikan anak dia.
PBTS ini pun didatangkan 3 in 1 iaitu Perlindungan + Medical Card + Simpanan. Ianya satu pelan takaful yang lengkap untuk anak-anak.
Setelah saya memberi penerangan saya perasaan abang ini menghisap rokok. Setelah selesai sesi penerangan dan beliau pun sudah memahami akan kepentingan PruBsn Takaful SmartLink beliau berkata RM150 itu agak tinggi. Saya hanya tersenyum.
Tuan-tuan yang budiman, Jika RM150 sebulan itu bermakna cuma RM5 sehari. Ianya lebih murah dari harga sepinggan nasi, ikan kerisi, sayur dan sirap yang beharga RM8. Bagi saya ianya adalah murah sebenarnya. Bukan untuk orang lain untuk anak-anak juga.
Apa kaitannya dengan rokok? Ya prospek saya ini perokok. Sekotak rokok RM12 untuk Dunhill 20. Abang ini menghisap rokok Dunhill 20.
Sekotak Dunhill = RM12 ( sekotak sehari )
= RM12 x 30 hari
= RM360 sebulan
Bandingkan dua amaun ini:
PruBsn Smartlink = RM150
Dunhill 20 = RM360
Yang manakah lebih besar jumlahnya?
Sebenarnya saya selalu jumpa prospek seperti ini. Terkadang saya terfikir sepertinya rokok itu lebih penting dari anak-anak.
Sebenarnya dengan RM150 itu anak-anak akan dapat sekeping PruBsn Takaful Medical Card dengan nilai RM500,000 paling rendah. Banyak manfaatnya sila klik sini untuk untuk tahu apakah kepentingan dan manfaat Medical Card PrubSn ini.
Tugas saya untuk berkongsi ilmu dengan abang ini telah selesai dan berjaya. Meskipun saya tidak close abang ini tapi matlamat saya untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya Takaful ini telah berjaya.
Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Takaful SmartLink Telefon saya sekarang! Seperti biasa:
Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd
Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik
Terima kasih atas ilmu
ReplyDelete