Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya mendoakan agar semua pengunjung Blog Prudential BSN Takaful Terbaik berada dalam keadaan terbaik segalanya.
Payung
Bila hujan atau panas terik orang akan sibuk cari payung. Orang yang ada payung beruntung biar pun hujan tapi masih boleh bergerak ke sana ke mari. Yang takde payung termenung. Itulah hakikatnya. Tapi kalau tak hujan...hmm malas nak bawak payung. Tapi bila hujan kita akan berkata:"Kalau ada payung kan senang"Tapi kita tak tau bila hujan akan turun. Bukannya ada sensor yang boleh kesan bila akan hujan. Sebab itu kita malas nak bawak payung, hanya bila hujan turun dan kita terkandas baru kita sedar pentingnya payung. Takaful pun begitu.
Takaful
Fungsi takaful pun seperti payung. Takaful tidak mampu nak halang takdir dan ketentuan Allah."Takaful tidak mampu menghalang musibah tetapi dengan Prudential BSN Takaful membolehkan kita meneruskan hidup seperti biasa meskipun kita dilanda musibah"Contohnya A seorang suami. A menyertai Prudential BSN Takaful dengan sumbangan sebanyak RM150 sebulan, selepas 3 bulan takdir Allah A meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Keluarga arwah A berdukacita terutama isteri A.
Suatu hari Agen Prudential BSN Takaful yang bertanggungjawab terhadap si A datang menziarahi dan sekaligus menyerahkan sekeping cek PAMPASAN KEMATIAN sebanyak RM50,000 kepada isteri A yang juga pewaris. Isteri si arwah A memanjatkan syukur.
Meskipun tidak banyak tetapi RM50,000 itu sedikit sebanyak mampu membiayai kehidupan mereka sekeluarga untukk 2 tahun sekiranya digunakan sebanyak RM2000 sebulan. Soalan saya...
"Bagaimana jika arwah A TIDAK ADA TAKAFUL?"
Pengunjung blog yang dikasihi Allah sekalian mari kita renungkan Hadis Riwayat Bukhari:
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang berada dibawah tanggungan kamu"
"Pengunjung blog yang dikasihi Allah, apakah yang akan kita tinggalkan untuk anak kita bila kita sudah tiada...selain kesedihan dan beban?"Justeru itu saya wujudkan blog Prudential BSN Takaful Terbaik ini untuk memberi pemahaman betapa takaful itu penting. Saya tidak akan memaksa kerana blog ini untuk perkongsian ilmu.
Tetapi jika mahu tau lebih lanjut dan mahu saya bantu boleh hubungi saya terus untuk rundingan secara PERCUMA.
Sampai masanya anda mengambil tahu tentang takaful. Mohd Zainuddin Awang 019 920 9923 Executive Wealth Planner Al-Isra' Associates Sdn bhd Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik
Good sharing...
ReplyDelete