WAJAH AHLI SYURGA YANG SEDANG MENUNGGU AYAHANDA DAN BONDA DI SYURGA
Malam tadi dapat mesej dari sahabat saya tentang kemalangan yang menimpa sepupunya. Allahu Rabbi berlinangan air mata saya apabila mendapat tahu betapa besar ujian Allah terhadap pasangan ini.
Gambar jenazah bayi ini adalah milik pasangan Ustaz Mohd Firdaus dan Ustazah Rabi'atul Adawiyah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa pulang dari kuliah di Al-Madinah University di Shah Alam, jumaat 25 April 2014.
Pasangan bahagia ini sedang menanti kelahiran cahaya mata cedera teruk akibat kemalangan itu. Apa yang menyedihkan, bayi 7 bulan dalam kandungan itu terkeluar akibat hentakan kuat. Bayangkanlah betapa kuatnya hentakan itu. Allahu Rabbi.
Selesai pembedahan keluarkan bayi, tapi Allah lebih menyayangi anak ini. Dia sedang berbahagia menanti ayahanda dan bunda di syurga.
Ini anak kedua yang dipanggil Tuhan selepas anak pertama pasangan ini juga telah menghadap Ilahi dua tahun lepas. Innalillah besarnya dugaan Allah terhadap pasangan ini.
Sedeqah Untuk Meringankan Beban Pasangan Ini Jelaskan Bil Darul Ehsan Medical Centre ( DEMC )
Pengunjung blog Prudential Bsn Takaful Terbaik, Saya dengan rendah diri merayu dan memohon jasa baik anda semua untuk membantu ringankan beban Ustaz Firdaus dan Ustazah Rabi'atul Adawiyah ini untuk menjelaskan bil
DEMC.
Kos rawatan sejak dimasukkan ke
DEMC semalam sudah mencecah
BELASAN RIBU RINGGIT.
Saya merayu sekali lagi agar anda semua dapat membantu dengan seikhlas mungkin.
Orang ramai yang membantu terpaksa menghantar pasangan ini ke
DEMC kerana hanya itu hospital terdekat. Demi menyelamatkan nyawa mereka orang ramai tiada pilihan. Harap sahabat-sahabat pengunjung blog Prudential Bsn Takaful Terbaik dapat membantu.
Bersama ini saya sertakan no akaun bank pasangan ini.
Mohd Firdaus bin Abdul Latif
Maybank: 1130 1530 7780
Bank Islam: 1203 8025 6572 90
Rabi'atul Adawiyah bt Ahmad @ Yunus
Bank Islam: 1301 7020 7570 56
Bank Muamalat: 1210 0004 9724 - Zulhilmi Abd Rahman ( Abang ipar Firdaus dan Rabi'atul Adawiyah )
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pasangan ini, inshaa Allah.
Saya dahulukan dengan ucapan Terima kasih. Semoga derma ikhlas Tuan dan Puan mendapat balasan baik dari Allah. Hanya Allah dapat membalas jasa baik anda semua. Terima kasih.
Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923