Wednesday, November 6, 2013

Prudential BSN Takaful Most Out Standing Takaful Company 2013

Prudential BSN Takaful Most Out Standing Takaful Company 2013

 

Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah sekali lagi Prudential BSN Takaful Berhad dipilih sebagai syarikat takaful terbaik bagi tahun 2013. Tahun 2012 ia milik kami dan sekali lagi di tahun ini ia menjadi milik kami.

Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih kami ucapkan kepada klien-klien kami, kecemerlangan ini adalah hasil dari kepercayaan anda terhadap kami. Kami berjanji akan memberikan khidmat terbaik untuk anda semua.

Kami berharap untuk tahun-tahun mendatang, kami tetap menjadi Pengendali Takaful Nombor 1 di Malaysia.

Kami Mendengar Kami Prihatin!

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 

Friday, November 1, 2013

Rawatan Di Hospital Kerajaan Percuma, Tapi...

Rawatan di Hospital Kerajaan Percuma, Buat Apa Nak Medical Card Lagi?

"Saya kakitangan kerajaan jadi saya tak perlukan Medical Card, saya boleh pergi ke hospital kerajaan kalau saya sakit".

Agen takaful seperti saya selalu sangat berdepan dengan jawapan sebegini. Terutama bila berhadapan dengan prospek yang tidak melihat takaful itu dari skop yang lebih luas.


Ubat-ubatan

Prubsn Takaful
Ubat yang baik sememangnya MAHAL

Ubat-ubatan ada beberapa tahap kekuatannya. Ada ubat yang sangat kuat, sederhana kuat dan ubat bertahan. Ubat yang kuat sudah pasti mahal harganya. Ubat kanser sangat mahal harganya. Ada yang berharga RM8000, RM20,000 malah RM70,000. Agak-agak Hospital Kerajaan ada ke ubat ni?


Check-in Limit

Hospital kerajaan ada check-in limit. Ianya adalah had yang boleh ditampung oleh sesebuah hospital kerajaan. Hospital kerajaan menjadi tumpuan bagi mereka yang tiada medical card takaful. Anda sedia maklumkan hospital kerajaan sentiasa penuh.

Jika hospital di suatu kawasan itu sudah penuh maka pesakit akan dipindah ke hospital yang lain.


Giliran pembedahan

Seseorang perlu menunggu giliran untuk dibedah meskipun kesakitan yang amat sangat. Oleh kerana hospital kerajaan terlalu ramai maka terpaksalah tunggu giliran.

Ada kes terpaksa menunggu seminggu untuk pembedahan appendiks sedangkan penyakitnya sudah teruk, dan sakit yang amat sangat. Tapi tepaksalah tunggu giliran.

Jika ada medical card, kita tak perlu tunggu giliran untuk pembedahan atau rawatan segera. Boleh pergi mana-mana hospital pakar yang kita mahu. Kos pembedahan syarikat takaful TANGUNGG 100%. Dapat elaun wad pula sehingga RM400 sehari.

Adakah medical card penting? Saya tidak mahu jawab soalan itu. Anda fikir dan andaa jawablah sendiri.


Rancang dan Lindungi

Pada masa kini medical card adalah SATU KEPERLUAN. Jadi sangat penting untuk anda merancang kewangan anda sebaiknya.

Kita tidak selalu sihat dan tidak tahu apa yang bakal berlaku. Mereka yang bijak akan merancang Replacement & Protection Pendapatan Serta Harta mereka.

Mereka yang mempunyai kesedaran akan melindungi dan menyediakan pelan bagi menggantikan pendapatan mereka sekiranya musibah berlaku ( lumpuh/hilang upaya kekal ).

Jika seseorang itu mengalami lumpuh maka pendapatan bulanannya juga akan lumpuh. Kita tidak bersedia dari sekarang maka akan mengalami kesulitan di kemudian hari. Amat beruntunglah mereka yang merancangnya lebih awal kerana malang tidak berbau.
musibah
Musibah datang tanpa kita tahu bila ia akan berlaku



Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 

4 Ciri Medical Card Yang Bagus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar tetamu-tetamu Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik? Saya doakan semua baik-baik belaka. Jom kita belajar ilmu baru hari ini.

Ciri-Ciri Medical Card Yang Bagus

Sebelum anda semua memohon medical card sebaiknya mestilah tahu medical card yang mana bagus dan sesuai untuk anda. Kerana ramai yang tidak faham dan menjadi masalah kemudian hari.

Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #1

Pastikan medical card anda itu adalah Dijamin tidak terbatal. Ini sangat-sangat mustahak untuk diambil perhatian.

Maksud tidak terbatal bermaksud syarikat takaful tidak boleh menamatkan medical card anda kerana anda telah membuat claim dengan jumlah yang besar atau terlalu kerap claim. Sangat malang kalau syarikat takaful membatalkan medical card anda.

Sangat kasihan jika disaat kita sakit dan memerlukan rawatan segera tiba-tiba medical card tidak boleh digunakan kerana telah dibatalkan. Jika tiada term Dijamin tak terbatal, cadangan saya batalkan hasrat anda. Carilah medical yang benar-benar menjaga kebajikan anda.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #2

Hospital panel. Sila perhatikan senarai panel hospital supaya ia dapat memudahkan anda untuk tujuan perubatan, terutama bila anda berada di luar kawasan anda. Biarlah medical card itu memudahkan anda dan BOLEH DIGUNAKAN DISAAT ANDA MEMERLUKAN.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #3

Boleh digunakan di luar negara/Reimbursment. Pastikan medical card anda boleh digunakan di luar negara. Sebagai umat Islam kita akan mengerjakan umrah dan haji. Bagaimana kalau tiba-tiba kita sakit di Tanah Suci Mekah tapi medical card tak boleh digunakan.

Pastikan medical card ada ciri Reimbursment supaya anda boleh beribadat dengan tenang dan sempurna.

Begitu juga kalau anda bercuti di luar negara bersama keluarga tersayang, ciri ini sangat penting. Sakit tak kira tempat.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #4

Pilih medical card yang diREKEMENkan oleh pihak hospital. Bagaimana? Anda boleh telefon Billing Department mana-mana hospital pakar dan tanyakan kepada mereka berkenaan medical card dari syarikat mana yang bagus.

Contohnya anda tinggal di Kuantan, anda boleh telefon Kuantan Medical Centre (KMC) dan tanya.

Alhamdulillah selesai tugas saya menyampaikan ilmu mengenai Ciri medical card yang bagus. Saya beharap tips ini berguna dan bermanfaat kepada anda. Inshaa Allah di post-post akan datang saya akan kongsikan lagi maklumat berguna untuk anda. wsalam

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...