Thursday, July 31, 2014

Bajet ketat...Utamakan Mana Yang Penting

Sudah ada 'Pelan B'?

PruBsn Takaful Kuantan

Saya sangat bersetuju dengan anda bahawa sekarang ni semuanya mahal dan makin meningkat saban tahun. Itu adalahh realiti kehidupan hari ini.

Oh ya, sebelum tu...Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik.

Ramai sekarang ni pasangan berkongsi pendapatan bulanan dan perbelanjaan harian mereka. Malah ada juga yang ditanggung 100% oleh ketua keluarga, bapa atau ibu.

Tidak dinafikan juga orang yang bijak adalah mereka yang merancang masa depan mereka.

Adakah anda sudah ada 'Pelan B' sekiranya semalam kita gagal menyediakan perbelanjaan harian keluarga seperti biasa?

Saya beri anda 2 pilihan. Samada mengharapkan simpati? atau anda sudah ada plan yang dapat menyediakan perbelanjaan untuk mereka untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.

Semua orang berhak beralasan tetapi mereka di bawah jagaan kita berhak dilindungi. Ramai yang tak ambil kisah tentang perlindungan takaful. Tetapi seorang BALU dan ANAK YATIM pasti tahu kenapa pentingnya perlindungan takaful.

Sama ada 'Pelan B' yang saya bagi tahu tadi penting atau tidak anda sendiri yang tentukan. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Perancangan Allah jualah yang terbaik.

Jika anda kata bajet anda ketat, cuba muhasabah diri. Kos untuk Takaful serendah RM150* sebulan tetapi kos untuk Rokok RM360 sebulan ( Dunhill 20, RM12 sekotak, purata sekotak sehari )

Tepuk dada tanya IMAN. Malam ni sebelum tidur tenunglah satu-persatu wajah anak dan isteri...tanya diri sendiri. Apa yang bakal anda tinggalkan untuk mereka...selain beban hutang dan kesedihan...

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com


Monday, July 21, 2014

Kisah Empat Lilin

Kisah Empat Lilin


Di dalam sebuah kamar yang gelap dan sunyi ada 4 lilin yang sedang menyala. Sedikit sedikit mencair.
Dalam suasana sunyi terdengarlah percakapan mereka...
Lilin yang Pertama
"Aku adalah PERUBAHAN, namun manusia tidak mampu berubah menjadi baik. Mereka selesa dengan bermalas-malasan, maka lebih aku memadamkan diriku saja!"
sedikit-sedikit lilin pertama padam
Lilin Kedua
"Aku adalah IMAN, sayangnya aku tidak berguna lagi. Manusia tidak mahu mengenalku, mereka tidak mahu beribadat. Mereka lebih senang melayani hobi dan kesenangan dunia...
Maka untuk apa aku terus menyala sia-sia?"
beberapa detik lilin kedua padam
Dengan sedih lilin ketiga turut berbicara
Lilin Ketiga
"Tidak mampu lagi untuk aku terus menyala.Manusia tetap mencintai kekasihnya saja. Seringkali mereka mengabaikan orang yang jelas menyayanginya iaitu orang tua dan keluarganya"
Tanpa menunggu waktu lama..ia pun padam
Tiba-tiba...seorang anak saat itu masuk ke kamar dan melihat ketiga-tiga lilin itu telah padam.
Kerana takut akan kegelapan, anak itu menangis seraya ia berkata
"Apa yang terjadi? Kamu semua harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan" lalu ia menangis tersedu-sedu
Lalu dengan terharu Lilin Keempat berkata...
"Jangan takut dan usah kau menangis, selama aku masih ada dan menyala kita tetap akan dapat selalu menyalakan ketiga-tiga lilin yang lain...AKULAH HARAPAN"
Dengan mata yang bersinar sang anak itu mengambil lilin HARAPAN dan kembali menyalakan ketiga-tiga lilin yang lainnya
Sahabat....
Betapa ALLAH itu Kasihkan hambaNya, maka lilin HARAPAN itu tidak pernah ALLAH membiarkan ia padam....agar kita sentiasa ingat kepadaNYA...supaya dalam kondisi apa pun kita mampu menghidupkan kembali IMAN, CINTA & PERUBAHAN dengan menyandarkan HARAPAN kepadaNYA...


Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com

Friday, July 18, 2014

Pesawat Malaysia MH17 Terhempas, Pray For MH17

Pray For MH17
MH17 Crashed Down


Negara dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 terhempas akibat ditembak oleh Pemberontak Ukraine.

Sama-sama kita doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam. Takziah untuk seluruh keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini.
MH17 Crashed down

MH17 Crashed Down

MH17 Crashed Down

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...