Saturday, October 19, 2013

Agen Insurans / Takaful PENIPU!

Agen Insurans / Takaful PENIPU!



Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua pengunjung blog Prudential BSN Takaful Terbaik. Apa pun yang sedang anda lakukan saya doakan semua dalam keadaan baik-baik semuanya

Agen Insurans / Takaful PENIPU! Hmmm saya sering jumpa orang ramai yang memberikan alasan begini. Ya! Saya mengaku ada agen yang menipu. Memang saya tak nafikan.

Penipu-penipu inilah yang membuatkan kerjaya mulia perunding takaful seperti saya buruk. Tapi yang kelakarnya bila ditanya ada pengalaman ditipu ke? Ada yang jawab dengar dari kawan-kawan. Ini juga satu masalah, kita dengar dari mulut orang lain tentang keburukan takaful sedangkan yang baik-baik tidak di peduli.

Bagaimana ya nak elakkan dari berlaku hal ini? Saya akan berikan beberapa tips!



1. Tengok dulu agen takaful itu dari syarikat mana? Jika syarikat yang teguh seperti Prudential BSN Takaful itu memang satu bonus kerana Prudential BSN Takaful Terbaik di Malaysia dan Asia.

2. Tengok pula agen takaful itu dari agensi mana? Macam saya dari agensi terbesar di Malaysia yang memasarkan produk Prudential BSN Takaful. Saya Mohd Zainuddin Awang bernaung di bawah Agensi No. 1 Malaysia iaitu Al-Isra' Associates Sdn Bhd anda boleh lawati http://www.al-isra.com.my

3. Tanya juga sudah berapa lama seseorang agenn itu dalam bidang ini. Kalau masih baru sebaiknya ambil no telefon pejabat dan hubungi pejabat mereka untuk mengetahui latar belakang agen tersebut.

4. Tanya sudah berapa ramai klien agen tersebut yang telah masu hospital dan berapa banyak klaim yang dibuat.

5. Jangan lupa ambil resit apabila membuat bayaran untuk kali pertama. Jika agen itu menipu bole terus ke pejabat Prudential Assurance Malaysia Berhad di negeri masing-masing. Simpan resit tu baik-baik.

Tetapi jika ada agen baru sebaiknya janganlah bersikap skeptikal kerana mereka mungkin baru masuk bidang takaful ini tetapi mereka komited untuk membantu ramai orang. Apa pun boleh gunakan tips saya yang ke-3 untuk memastikan agen itu ok!

Sekian saja perkongsian dari Prudential BSN Takaful Terbaik untuk hari ini. Di lain masa saya akan kongsikan tips-tips lain yang sememangnya berguna untuk anda semua. Takaful Itu Adalah Keperluan!

--------------------------------

Mohd Zainuddin Awang
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd
Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik


2 comments:

  1. ye la tu..agen sy dari al-isra jgk..dari awal die kata akaun bank sy xbole dibuat potongan setiap bln, jd die suruh sy byr cash..rupanye dari awal da berniat nk songlap duit! byr cash on time tiap bln pd die tp mintak resit penah dapat sekali je..tu pun lps sy mengamuk..smlm dpt surat dr prudential bgtau sy ada outstanding 2 bln..ikut payment history, sebln byr, sbln xbyr..bergilir2..padahal sy xpnh miss pembayaran pn.. geram btol la..buruk reputasi syarikat korg psl ade agent penipu mcmni!!

    ReplyDelete
  2. sememangnya menipu. Saya telah membuat plan insuran utk anak saya tetapi telah ditukar ikut kehendak agen tersebut dan lari dari plan yg saya telah buat. Polisi yang sudah siap telah diserahkan begitu lambat dan bila disemak polisi tersebut didapati plan telah diubah sewenang2 nya tanpa memberitahu saya. Potongan telah dibuat dan saya telah membuat aduan kepada agen berkenaan..tetapi tiada tindakan.
    Jangan terlalu percaya kepada agen insuran ini dan saya sudah menunggu selama 4 bulan untuk agen menukar pulisi mengikut plan saya...tetapi hampa. Saya akan membuat aduan kepada pihak BSN Prudential HQ supaya diambil tindakan segera dan saya akan menamatkan insuran tersebut dgn seberapa segara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...