Tuesday, May 13, 2014

3 Pekerja Maut Setiap Hari

2 Nahas Semasa Pergi dan Balik Kerja

Prudential Bsn Kuantan

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada anda semua pengunjung Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik. Tahniah! Anda seorang yang prihatin.

Saya yakin ada dikalanga pengunjung blog ini adalah ketua keluarga dan juga isteri. Anda merupakan tonggak sesebuah keluarga. Bagaimana jika tonggak ini hilang atau patah?

Setiap pagi saya memandu samada untuk pejabat Prudential Bsn Takaful Kuala Terenggau atau pergi memenuhi temujanji prospek yang ingin mendengar tentang kebaikan takaful.

Selalu juga berlaku kemalangan jalanraya. Setiap kali melintasi tempat kemalangan, hati saya sering dipagut sayu melihat sekujur tubuh kaku di atas jalanraya dan ditutup dengan surat khabar.

Innalillah...terlintas di hati saya, bagaimanalah reaksi si isteri menerima panggilan dari pihak polis dan mengatakan bahawa "suami puan maut dalam kemalangan jalanraya". Luluh hati isteri. Tunggak keluarga sudah pergi menghadap Ilahi.

Bagaimana agaknya si isteri nak teruskan hidup tanpa suami disisi. Anak-anak nak sekolah...Allahu Rabbi...Tak mengapa Allah sentiasa ada. Bergantunglah kepada Allah.

Tetapi fahamilah hadis ini:

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Janganlah bergantung selain kepada ALLAH. ALLAH maha pengasih dan penyayang.

Tetapi sebagai suami yang bertanggungjawab, tanyalah kepada diri sendiri

Apakah bekalan yang akan aku tinggalkan kepada anak isteri aku? Aku banyak hutang..takkanlah aku nak tinggalkan beban hutang kepada isteri dan anak-anak...

Tuan dan Puan yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi saw, buatlah persediaan bekalan untuk dibawa selepas mati. Dan jangan lupa tinggalkan bekalan untuk waris-waris anda. Sanggupkah anda membiarkan anak-anak melarat? Sanggupkah anda tengok isteri anda tertekan melunasi hutang yang anda tinggalkan?

Bagaimana dengan hutang yang anda tinggalkan belum sempat dilunasi? Dosa meninggalkan hutang amat berat. Fahami hadisini

Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga”. (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Prudential Bsn Kuantan
"Alhamdulillah, walaupun tak banyak sekurang-kurangnya dapatlah meneruskan kehidupan seerti biasa. Lunaskan hutang arwah, perbelanjaan harian dan selebihnya untuk pendidikan anak-anak...syukurlah arwah ada ambil takaful"

Tuan dan Puan yang saya kasihi. Renungkanlah wajah anak-anak...apalah nasib mereka jika kita sudah tiada...Janganlah tempuhi hari-hari mendatang dengan penuh penyesalan.

Prudential Bsn Kuantan
"Wahai para Isteri  Jika Anda Rasa Takaful Itu Tak Penting, Tanyalah Kepada Balu-Balu Yang Kematian Suami"

Saya bukan menakut-nakutkan, aya bercakap di atas REALITI kehidupan yang hari ini. Tepuk dada tanya iman.

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...