Friday, November 1, 2013

4 Ciri Medical Card Yang Bagus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar tetamu-tetamu Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik? Saya doakan semua baik-baik belaka. Jom kita belajar ilmu baru hari ini.

Ciri-Ciri Medical Card Yang Bagus

Sebelum anda semua memohon medical card sebaiknya mestilah tahu medical card yang mana bagus dan sesuai untuk anda. Kerana ramai yang tidak faham dan menjadi masalah kemudian hari.

Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #1

Pastikan medical card anda itu adalah Dijamin tidak terbatal. Ini sangat-sangat mustahak untuk diambil perhatian.

Maksud tidak terbatal bermaksud syarikat takaful tidak boleh menamatkan medical card anda kerana anda telah membuat claim dengan jumlah yang besar atau terlalu kerap claim. Sangat malang kalau syarikat takaful membatalkan medical card anda.

Sangat kasihan jika disaat kita sakit dan memerlukan rawatan segera tiba-tiba medical card tidak boleh digunakan kerana telah dibatalkan. Jika tiada term Dijamin tak terbatal, cadangan saya batalkan hasrat anda. Carilah medical yang benar-benar menjaga kebajikan anda.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #2

Hospital panel. Sila perhatikan senarai panel hospital supaya ia dapat memudahkan anda untuk tujuan perubatan, terutama bila anda berada di luar kawasan anda. Biarlah medical card itu memudahkan anda dan BOLEH DIGUNAKAN DISAAT ANDA MEMERLUKAN.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #3

Boleh digunakan di luar negara/Reimbursment. Pastikan medical card anda boleh digunakan di luar negara. Sebagai umat Islam kita akan mengerjakan umrah dan haji. Bagaimana kalau tiba-tiba kita sakit di Tanah Suci Mekah tapi medical card tak boleh digunakan.

Pastikan medical card ada ciri Reimbursment supaya anda boleh beribadat dengan tenang dan sempurna.

Begitu juga kalau anda bercuti di luar negara bersama keluarga tersayang, ciri ini sangat penting. Sakit tak kira tempat.


Ciri-ciri Medical Card Yang Bagus #4

Pilih medical card yang diREKEMENkan oleh pihak hospital. Bagaimana? Anda boleh telefon Billing Department mana-mana hospital pakar dan tanyakan kepada mereka berkenaan medical card dari syarikat mana yang bagus.

Contohnya anda tinggal di Kuantan, anda boleh telefon Kuantan Medical Centre (KMC) dan tanya.

Alhamdulillah selesai tugas saya menyampaikan ilmu mengenai Ciri medical card yang bagus. Saya beharap tips ini berguna dan bermanfaat kepada anda. Inshaa Allah di post-post akan datang saya akan kongsikan lagi maklumat berguna untuk anda. wsalam

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...