Showing posts with label Prudential. Show all posts
Showing posts with label Prudential. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Kisah Empat Lilin

Kisah Empat Lilin


Di dalam sebuah kamar yang gelap dan sunyi ada 4 lilin yang sedang menyala. Sedikit sedikit mencair.
Dalam suasana sunyi terdengarlah percakapan mereka...
Lilin yang Pertama
"Aku adalah PERUBAHAN, namun manusia tidak mampu berubah menjadi baik. Mereka selesa dengan bermalas-malasan, maka lebih aku memadamkan diriku saja!"
sedikit-sedikit lilin pertama padam
Lilin Kedua
"Aku adalah IMAN, sayangnya aku tidak berguna lagi. Manusia tidak mahu mengenalku, mereka tidak mahu beribadat. Mereka lebih senang melayani hobi dan kesenangan dunia...
Maka untuk apa aku terus menyala sia-sia?"
beberapa detik lilin kedua padam
Dengan sedih lilin ketiga turut berbicara
Lilin Ketiga
"Tidak mampu lagi untuk aku terus menyala.Manusia tetap mencintai kekasihnya saja. Seringkali mereka mengabaikan orang yang jelas menyayanginya iaitu orang tua dan keluarganya"
Tanpa menunggu waktu lama..ia pun padam
Tiba-tiba...seorang anak saat itu masuk ke kamar dan melihat ketiga-tiga lilin itu telah padam.
Kerana takut akan kegelapan, anak itu menangis seraya ia berkata
"Apa yang terjadi? Kamu semua harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan" lalu ia menangis tersedu-sedu
Lalu dengan terharu Lilin Keempat berkata...
"Jangan takut dan usah kau menangis, selama aku masih ada dan menyala kita tetap akan dapat selalu menyalakan ketiga-tiga lilin yang lain...AKULAH HARAPAN"
Dengan mata yang bersinar sang anak itu mengambil lilin HARAPAN dan kembali menyalakan ketiga-tiga lilin yang lainnya
Sahabat....
Betapa ALLAH itu Kasihkan hambaNya, maka lilin HARAPAN itu tidak pernah ALLAH membiarkan ia padam....agar kita sentiasa ingat kepadaNYA...supaya dalam kondisi apa pun kita mampu menghidupkan kembali IMAN, CINTA & PERUBAHAN dengan menyandarkan HARAPAN kepadaNYA...


Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com

Friday, July 18, 2014

Pesawat Malaysia MH17 Terhempas, Pray For MH17

Pray For MH17
MH17 Crashed Down


Negara dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 terhempas akibat ditembak oleh Pemberontak Ukraine.

Sama-sama kita doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam. Takziah untuk seluruh keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini.
MH17 Crashed down

MH17 Crashed Down

MH17 Crashed Down

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com



Sunday, May 4, 2014

Sanggupkah anda tunggu 8 bulan?

Lapan Bulan Tunggu Giliran Dibedah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar hari ini? Saya doakan semua pengunjung blog Prudential Bsn Takaful Terbaik sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt...aminn.


Agak menakutkan juga bila terbaca keratan akhbar ini. Lapan bulan terpaksa menunggu giliran untuk dibedah. Dengan bilik bedah yang terhad ditambah lagi dengan kemasukan kes-kes kecemasan yang tidak diduga setiap hari maka banyak pembedahan terpaksa ditangguhkan.

Sanggupkah anda menunggu 8 bulan dalam keadaan menderita sakit? Banyak juga kes dimana apendiks yang sudah hampir pecah terpaksa menunggu seminggu untuk dibedah. Tak tertanggung azab si kecil. Si kecil? Ya apendiks kebanyakkan dihidapi oleh kanak-kanak.

Bayangkanlah anak kecil menangis dan merengek menahan kesakitan...ibu bapa mana sanggup melihatnya tanpa berbuat apa-apa.

Tapi apa boleh buat, terpaksalah menunggu seminggu untuk dibedah. Itu seminggu bagaimana kalau lapan bulan? Sanggup?

Tahukah anda perkara ini tidak berlaku di Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kuantan Medical Centre, Darul Ehsan Medical Centre, Prince Court Medical Centre, Columbia Asia Hospital dan semua hospital panel kami?


"Manalah kami mampu nak dapatkan rawatan kat Columbia Asia, En. Din...nak bayar mana kami ada duit, takkan kami nak jual tanah kot"


Ish...Sapa kata tak boleh?  Boleh sebenarnya. Anda layak untuk dapat rawatan di Hospital Pakar Swasta yang canggih dan selesa ni. Anda tak perlu bayar apa-apa pun. Macamana caranya? Mudah saja...Mohonlah Medical Card Prudential Bsn Takaful Hari ini.

Medical card ini yang akan bayar bil dan segala kos rawatan di Hospital Pakar Swasta ini. Rawatan segera akan diberikan...Tak perlu tunggu 8 BULAN...Iya saya cakap betul ni.

Siap dapat elaun lagi. Duduk wad dapat elaun sehingga RM400 sehari...dah la tak perlu bayar apa-apa, duduk hospital macam hotel...aiii dapat elaun lagi...



Saya tak boleh buat keputusan sebab semuanya di tangan anda semua. Fikir dengan waras dan buat keputusan dengan tepat. :)


Jangan takut untuk ambil tahu kerana ianya adalah PERCUMA. 


Untuk dapatkan FREE Quotation Sila hubungi saya :)

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful

dinprubsntakaful@gmail.com
https://www.facebook.com/PruBsnKuantan
Al-Isra' Associates Sdn bhd 

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...