Tuesday, May 13, 2014

3 Pekerja Maut Setiap Hari

2 Nahas Semasa Pergi dan Balik Kerja

Prudential Bsn Kuantan

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada anda semua pengunjung Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik. Tahniah! Anda seorang yang prihatin.

Saya yakin ada dikalanga pengunjung blog ini adalah ketua keluarga dan juga isteri. Anda merupakan tonggak sesebuah keluarga. Bagaimana jika tonggak ini hilang atau patah?

Setiap pagi saya memandu samada untuk pejabat Prudential Bsn Takaful Kuala Terenggau atau pergi memenuhi temujanji prospek yang ingin mendengar tentang kebaikan takaful.

Selalu juga berlaku kemalangan jalanraya. Setiap kali melintasi tempat kemalangan, hati saya sering dipagut sayu melihat sekujur tubuh kaku di atas jalanraya dan ditutup dengan surat khabar.

Innalillah...terlintas di hati saya, bagaimanalah reaksi si isteri menerima panggilan dari pihak polis dan mengatakan bahawa "suami puan maut dalam kemalangan jalanraya". Luluh hati isteri. Tunggak keluarga sudah pergi menghadap Ilahi.

Bagaimana agaknya si isteri nak teruskan hidup tanpa suami disisi. Anak-anak nak sekolah...Allahu Rabbi...Tak mengapa Allah sentiasa ada. Bergantunglah kepada Allah.

Tetapi fahamilah hadis ini:

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Janganlah bergantung selain kepada ALLAH. ALLAH maha pengasih dan penyayang.

Tetapi sebagai suami yang bertanggungjawab, tanyalah kepada diri sendiri

Apakah bekalan yang akan aku tinggalkan kepada anak isteri aku? Aku banyak hutang..takkanlah aku nak tinggalkan beban hutang kepada isteri dan anak-anak...

Tuan dan Puan yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi saw, buatlah persediaan bekalan untuk dibawa selepas mati. Dan jangan lupa tinggalkan bekalan untuk waris-waris anda. Sanggupkah anda membiarkan anak-anak melarat? Sanggupkah anda tengok isteri anda tertekan melunasi hutang yang anda tinggalkan?

Bagaimana dengan hutang yang anda tinggalkan belum sempat dilunasi? Dosa meninggalkan hutang amat berat. Fahami hadisini

Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga”. (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Prudential Bsn Kuantan
"Alhamdulillah, walaupun tak banyak sekurang-kurangnya dapatlah meneruskan kehidupan seerti biasa. Lunaskan hutang arwah, perbelanjaan harian dan selebihnya untuk pendidikan anak-anak...syukurlah arwah ada ambil takaful"

Tuan dan Puan yang saya kasihi. Renungkanlah wajah anak-anak...apalah nasib mereka jika kita sudah tiada...Janganlah tempuhi hari-hari mendatang dengan penuh penyesalan.

Prudential Bsn Kuantan
"Wahai para Isteri  Jika Anda Rasa Takaful Itu Tak Penting, Tanyalah Kepada Balu-Balu Yang Kematian Suami"

Saya bukan menakut-nakutkan, aya bercakap di atas REALITI kehidupan yang hari ini. Tepuk dada tanya iman.

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com





Thursday, May 8, 2014

Pelan 3 dalam 1 Prudential Bsn Takaful

Ianya LENGKAP dan KOMPREHENSIF


Assalamualaikum dan salam kerahmatan kepada semua pengunjung blog Prudential Bsn Takaful Terbaik. Ianya memang terbaik untuk anda.

Hari ini saya siapkan grafik berinformasi yang simple dan mudah difahami. Oleh kerana ramai bertanya tentang apa maksudnya pelan 3 dalam 1 Prudentian Bsn Takaful maka saya siapkan info grafik yang cantik dan menarik..paling penting berinformasi.


Ianya LENGKAP semua sudah tersedia. Tidak perlu pening-pening kepala lagi. Yang Penting ianya juga Islamik dan gunakan tanpa was-was...hehehe macam iklan sabun Zaitun pulak.

Jika ambil pelan takaful Prudential bsn untuk anak, automatik ada simpanan untuk pendidikan. Jadi bila anak-anak tuan puan semua dapat keputusan peperiksaan yang 'power' tak perlulah mohon PTPTN lagi. Maka terselamatlah anak-anak kita dari beban hutang PTPTN...ops..ini bukan politik ok :)

Harap info grafik ini dapat membantu tuan dan puan memahami dengan lebih mendalam apa kelebihan ambil pelan 3 dalam 1 takaful ini.

Sekian...sehingga kita berjumpa lagi di artikel seterusnya. Terima kasih kerana menyokong blog Prudential Bsn Takaful Terbaik. Semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu..amiinnn :)

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
dinprubsntakaful@gmail.com






Sunday, May 4, 2014

Sanggupkah anda tunggu 8 bulan?

Lapan Bulan Tunggu Giliran Dibedah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar hari ini? Saya doakan semua pengunjung blog Prudential Bsn Takaful Terbaik sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt...aminn.


Agak menakutkan juga bila terbaca keratan akhbar ini. Lapan bulan terpaksa menunggu giliran untuk dibedah. Dengan bilik bedah yang terhad ditambah lagi dengan kemasukan kes-kes kecemasan yang tidak diduga setiap hari maka banyak pembedahan terpaksa ditangguhkan.

Sanggupkah anda menunggu 8 bulan dalam keadaan menderita sakit? Banyak juga kes dimana apendiks yang sudah hampir pecah terpaksa menunggu seminggu untuk dibedah. Tak tertanggung azab si kecil. Si kecil? Ya apendiks kebanyakkan dihidapi oleh kanak-kanak.

Bayangkanlah anak kecil menangis dan merengek menahan kesakitan...ibu bapa mana sanggup melihatnya tanpa berbuat apa-apa.

Tapi apa boleh buat, terpaksalah menunggu seminggu untuk dibedah. Itu seminggu bagaimana kalau lapan bulan? Sanggup?

Tahukah anda perkara ini tidak berlaku di Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kuantan Medical Centre, Darul Ehsan Medical Centre, Prince Court Medical Centre, Columbia Asia Hospital dan semua hospital panel kami?


"Manalah kami mampu nak dapatkan rawatan kat Columbia Asia, En. Din...nak bayar mana kami ada duit, takkan kami nak jual tanah kot"


Ish...Sapa kata tak boleh?  Boleh sebenarnya. Anda layak untuk dapat rawatan di Hospital Pakar Swasta yang canggih dan selesa ni. Anda tak perlu bayar apa-apa pun. Macamana caranya? Mudah saja...Mohonlah Medical Card Prudential Bsn Takaful Hari ini.

Medical card ini yang akan bayar bil dan segala kos rawatan di Hospital Pakar Swasta ini. Rawatan segera akan diberikan...Tak perlu tunggu 8 BULAN...Iya saya cakap betul ni.

Siap dapat elaun lagi. Duduk wad dapat elaun sehingga RM400 sehari...dah la tak perlu bayar apa-apa, duduk hospital macam hotel...aiii dapat elaun lagi...



Saya tak boleh buat keputusan sebab semuanya di tangan anda semua. Fikir dengan waras dan buat keputusan dengan tepat. :)


Jangan takut untuk ambil tahu kerana ianya adalah PERCUMA. 


Untuk dapatkan FREE Quotation Sila hubungi saya :)

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful

dinprubsntakaful@gmail.com
https://www.facebook.com/PruBsnKuantan
Al-Isra' Associates Sdn bhd 

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 








Thursday, May 1, 2014

Jom Like Page Prudential Bsn Takaful Kuantan

Page Prudential Bsn Takaful Kuantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik saya mendoakan agar anda semua SIHAT, CERIA dan BAHAGIA selalu Inshaa Allah.

Saya ingin mengajak anda semua untuk ke page Prudential Bsn Takaful Kuantan. Minta jasa baik anda semua untuk LIKE dan SHARE maklumat dalam page itu. Saya yakin ramai lagi yang ingin tahu tentang Prudential Bsn Takaful

Sila klik Prudential Bsn Kuantan untuk ke page saya. :)


Page ini sudah lama dibina cuma tiada kesempatan untuk mempromosinya, dengan bantuan pengunjung-pengunjung Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik Inshaa Allah dapat membantu saya mendidik lebih ramai orang tentang kepentingan Takaful.

Saya dahului dengan ucapan Terima Kasih kepada anda semua, semoga Allah merahmati anda semua...aminn :)

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
Mujahid Takaful
Al-Isra' Associates Sdn bhd 
Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik   


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...