Friday, January 10, 2014

Fahami apa itu Contributor PruBsn Takaful

Apa itu Contributor dalam pelan Prudential Bsn Takaful?


Contributor? Apa tu?

Contributor adalah manfaat yang ada dalam pelan Prudential Bsn Takaful. Penting ke? Ya ia memang penting.

Contributor akan berfungsi apabila peserta takaful didiagnosis menghidap penyakit kronik, hilang upaya kekal (lumpuh) atau meninggal dunia ( Bagi pelan smart link untuk anak-anak).

Apabila peserta takaful disahkan menghidap penyakit kronik atau hilang upaya kekal secara AUTOMATIK bayaran bulanan menjadi PERCUMA.

Contoh 1:

Ahmad menjadi peserta takaful, selepas setahun mencarum sebanyak RM200 sebulan, Ahmad disahkan menghidap SERANGAN PENYAKIT JANTUNG, secara automatik RM200 sebulan itu menjadi PERCUMA.

Siapa yang bayarkan? Prudential Bsn Takaful yang tolong bayarkan sampai umur Ahmad 70 tahun.

Contoh 2:

Puan Salmah telah menyertai Pelan PruBsn Smartlink untuk anaknya yang berumur 5 tahun dengan carumah RM130 sebulan. Setahun kemudian, Puan Salmah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Automatik caruman RM130 sebulan untuk anak arwah Puan Salmah jadi PERCUMA.

Siapa yang bayarkan? Prudential Bsn Takaful yang bayarkan sampai umur anak arwah 18 tahun. Kebajikan anak arwah terbela, jika anak arwah sakit medical card ada jika nak sambung belajar simpanan pun dah cukup.

Contoh 3:

Encik Kamal seorang jurutera, atas kesedaran beliau telah mengambil polisi takaful untuk dirinya, isteri dan 3 orang anaknya jumlah caruman adalah Rm800 sebulan. Pada suatu hari, Encik Kamal telah disahkan mengalami kegagalan ginjal.

Setelah disahkan oleh doktor, secara automatik caruman untuk dirinya, isteri dan 3 orang anaknya bernilai RM800 itu menjadi PERCUMA. Siapa yang bayarkan? Prudential Bsn Takaful yang bayarkan.

Anda faham apa maksud fungsi Contributor? Alhamdulillah

Itulah fungsi contributor. Harap dapat membantu

Nak Quotation FREE? emailkan saya butiran berikut:

Nama anda:

Tarikh lahir anda:
Pekerjaan anda:
Status merokok anda: Merokok / Tidak merokok
Status kesihatan: Sihat / ada penyakit ( Sila nyatakan )

Untuk anak anda

Nama anak anda:
Tarikh lahir:
Status kesihatan: Sihat / ada penyakit ( Sila nyatakan )

 

Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

"Kami Mendengar, Kami Prihatin"




Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
019 911 0669
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 

Contoh Caruman dan pelan Prudential BSN Takaful

Pelan Prudential BSN Takaful RM150 Apa Yang Akan Anda Dapat?


Assalamualaikum, salam jumaat. Apa khabar semua tetamu VVVIP Blog Prudential BSN Takaful Terbaik? Alhamdulillah semua sihat-sihat hendaknya.

Ok, saya akan kongsikan contoh pelan dan caruman PruBSN Takaful supaya anda lebih faham.

Ini contoh contoh caruman pelan:

Kelas Pekerjaan: 1 (Guru) - 1 Bermaksud kerja yang kurang risiko seperti guru atau yang bekerja di pejabat. Pekerjaan yang lebih berisiko kebiasaannya kelas 3 & 4 contohnya Polis, Bomba, Tentera, Pemandu kren di atas binaan bangunan yang tinggi dan seumpamanya.
Umur: 30 tahun
Jantina: Lelaki
Caruman bulanan: RM150

Perlindungan
1. Pampasan kematian
2. Pampasan jika di diagnos 36 penyakit kritikal
3. Pampasan kemalangan (kematian / cacat kekal akibat kemalangan) + Bayaran balik rawatan akibat  kemalangan (kecil)
4. Caruman bulanan AUTOMATIK PERCUMA jika di diagnos penyakit kritikal & hilang upaya kekal


Hospital & Medical Card
1. Rawatan PERCUMA di hospital panel di lebih 70 hospital Panel Seluruh Malaysia
2. Termasuk rawatan hospital, pembedahan & rawatan pesakit luar, sebelum masuk & selepas keluar wad
3. Medical Card RM62,500 setahun
4. 100% Full Cover
5. Bilik wad RM200 sehari
6. Elaun harian jika masuk wad RM100


Simpanan
1. Simpanan untuk persaraan
2. Pada umur 55 tahun: RM32,219 (nilai tunai)
3. Pelaburan boleh ditambah bila-bila masa untuk menambah nilai tunai
4. Pelaburan dalam dana yang diluluskan undang-undang shariah
5. Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, minimum pengeluaran RM500 dan
minimum baki dalam akaun RM1000.


Medical Card 3 Dalam 1

Pelan Medical Card 3 Dlm 1, membantu anda mendapat perlindungan lengkap dgn 3 manfaat dalam 1 polisi.
(Perlindungan Takaful + Medical Card + Simpanan)



"Alhamdulillah dah 1 thn saya sertai pelan ni...memang berbaloi. Saya join sebab saya x tau tahap kesihatan saya dan apa akan jadi pd saya pd masa depan...hanya Allah yg tau. Sy tak risau kalau simpanan saya sikit sebab pelan ni semua dh tersedia dan beri keselesaan serta tak menyusahkan keluarga sy inshaa Allah" - Lan, Kuala Terengganu.

Quotation takaful membantu pelanggan tahu mengenai 2 perkara penting iaitu berapa caruman dan manfaat yang sesuai.


Pelan Prudential Bsn Takaful sememangnya LENGKAP. Jika tidak sakit dan tiada claim dibuat anda akan dapat No Claim Bonus.

Ada pelan takaful caruman bulanan akan hangus begitu saja kerana tiada simpanan dan tiada No Claim Bonus. Pelan Prudential Bsn Takaful ada!


Terima kasih saya sangat menghargai anda kerana habiskan membaca tulisan saya ini, saya harap ia membantu memberi ilmu yang bermanfaat kepada anda inshaa Allah.

Mohonlah QUOTATION PERCUMA anda hari ini.
Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

"Kami Mendengar, Kami Prihatin"



Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 

Tuesday, January 7, 2014

Kenapa 1 Medical Card Tak Boleh Cover Satu Family?

1 Medical Card 1 Individu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berharap kepada Allah agar tetamu-tetamu VVVIP Blog Prudential BSN Takaful Terbaik sentiasa sihat walafiat dan baik-baik semuanya...Alhamdulillah!

Hari ni saya nak bercerita "Cover Satu Family". Saya mendapat panggilan dari kawan Facebook saya bertanya ada ke tidak pelan takaful yang boleh cover satu family? Ikuti perbualan saya dengan kawan saya tersebut. Saya namakan rakan saya ini sebagai Fauzi ( Bukan nama sebenar )

Fauzi: Din, ada tak pelan takaful Prudential BSN Takaful yang cover satu family?

Saya: Takde la Tuan, 1 Medical Card PruBsn Takaful hanya cover untuk seorang.

Fauzi: Kenapa tak boleh cover satu family ya Din?

Sambil tersenyum saya menjawab

Saya: Tuan ada berapa buah kereta sekarang ni?

Fauzi: Sekarang ni saya ada 3 buah kereta

Saya: Ok, Sekarang saya nak tanya Tuan, boleh ke tak 3 buah kereta Tuan ni guna 1 insurans dan 1 road tax?

Fauzi: Mana boleh Din, sebab model berbeza, tahun berbeza dan cc berbeza.

Saya: Begitulah juga ibaratnya Medical Card PruBsn Takaful ni, Setiap ahli keluarga berbeza umurnya, berbeza jantinanya, berbeza status pekerjaanya dan tahap kesihatannya pun berbeza. Sebab tu setiap ahli keluarga kena ada medical card sorang satu.

Fauzi: Ye la Din, sekarang saya faham...

Alhamdulillah setelah sahabat saya itu faham dengan penerangan saya beliau terus sign up untuk dirinya sendiri, isteri dan 3 orang anaknya. Saya berasa seronok kerana telah membantu 5 orang mengurus dan melindungi mereka sekeluarga,

Saya mementingkan kefahaman dikalangan prospek sebelum mereka bertukar daripada prospek kepada klien.

"Waktu Anda Sakit Kami Buat Anda Lega, Waktu Anda Sihat Kami Buat Anda Gembira"



Mohonlah Medical Card Prudential Bsn Takaful hari ini. Tiba masanya kita mengambil tahu tentangnya.
Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

"Kami Mendengar, Kami Prihatin"



Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 

Sunday, January 5, 2014

Anak Akak Umur 1 Tahun Kena Asma, Macamana ye?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu VVVIP Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik. Saya mendoakan agar anda semua sentiasa sihat dan baik-baik hendaknya...amiinn.

Baiklah hari ini saya akan kongsikan tentang Exclusion.


Apa itu Exclusion?

Dalam bahasa mudah exclusion bermaksud TIADA COVERAGE UNTUK SAKIT SEDIA ADA. Hal ini terjadi apabila permohonan untuk memohon medical card Prudential Bsn Takaful dibuat dalam keadaan tidak sihat atau sudah mempunyai penyakit.


Anak-Anak Anda Sihat? 

Puan, anak-anak sihat? Kalau sihat Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Elok mohon takaful untuk mereka sekarang. Kerana jika sudah sakit permohonan kemungkinan akan ditolak dan jika diterima kebiasaannya akan Exclusion sebagaimana yang saya terangkan di atas.

Ingat lagi tak post saya sebelum ni bertajuk masa sihat sebelum datang masa sakit jika tak ingat boleh baca sekali lagi.

Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anakku
Setiap kali solat 5 waktu kita akan panjatkan doa memohon agar anak-anak kita sentiasa diberikan kesihatan dan terpelihara dari sebarang penyakit. Dengan penuh harapan agar mereka membesar dengan baik.

Soalan saya, Jika Allah nak uji anak kita dengan penyakit, siapakah yang dapat menghalangnya? Persoalannya bagaimana cara kita menghadapinya?

Puan-puan, Prudential Bsn Takaful tidak dapat menghalang penyakit dari menyerang. Tetapi kami boleh membantu Puan-puan untuk menghadapinya dengan lebih tabah. Kami sentiasa ada bersama anda.

Konsultan kami sentiasa bersama anda semasa anda dilanda kesusahan. Kami uruskan segalanya, anda tak perlu gusar, kami ada sehingga anak anda sihat. Inshaa Allah itu jaminan kami. Buktinya kami tetap unggul di hati para klien kami di tahun 2013.


 Mohonlah Medical Card Prudential Bsn Takaful hari ini. Tiba masanya kita mengambil tahu tentangnya.
Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

Kami Mendengar, Kami Prihatin


Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 


 





Friday, January 3, 2014

Maaf Doktor Pakar Takde

Jadi OKU sekelip mata

Kisah ini diceritakan sahabat saya tentang kisah seorang lelaki yang mendapat status OKU dalam sekelip mata,

Salim bekerja di sebuah kilang papan. Kilang ini terletak di sebuah daerah dalam sebuah negeri di pantai timur.

Pada suatu hari sedang leka melakukan kerja, semasa membelah kayu untuk dijadikan papan. Tangan Salim terkena gergaji kayu yang berputar ligat. Tapak tangannya terbelah dan putus.
Salim segera dikejarkan ke hospital. Semasa menerima rawatan di bilik kecemasan doktor berkata tangan Salim masih boleh disambung semula tapi...

DOKTOR PAKAR TAKDE, kalau nak sambung jugak kena pergi ke ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan

Kebetulan di situ ada wartawan akhbar. Wartawan itu bertanya kepada Salim apa masalah yang dihadapinya? Salim menjawab...

Tangan saya ni masih boleh disambung, tapi doktor sini cakap DOKTOR PAKAR TAKDE

Sebaik doktor di situ mendengar jawapan Salim, doktor itu memarahi Salim. "Awak tak boleh la cakap macam tu kat wartawan, ini akan menjatuhkan imej hospital ni"

"Saya bercakap benar, doktor jugak yang cakap macam tu" Salim membela dirinya.

Akibat DOKTOR PAKAR TAKDE, tangan Salim terpaksa dipotong. Pada mulanya tangan Salim dipotong hingga pergelangan. Tapi tangan Salim membusuk dan terpaksa dipotong sampai bahagian tengah lengan.

Akhirnya Salim menjadi seorang OKU hanya kerana DOKTOR PAKAR TAKDE.


Tiada Niat Untuk Memburukan Reputasi Hospital Kerajaan

Saya tidak berniat hendak burukkan imej hospital kerajaan tetapi ini adalah kisah benar yang saya dengar dari sahabat yang juga klien saya.

Pilihan Di Tangan Anda


Anda mempunyai pilihan yang lebih baik, kenapa memilih yang kurang baik? Tepuk dada tanya selera.

Sekiranya Salim mempunyai Medical Card Prudential BSN Takaful, mungkin tangannya masih boleh diselamatkan oleh DOKTOR PAKAR yang sentiasa bersedia berkhidmat bila-bila masa diperlukan.

Para VVVIP blog Prudential BSN Takaful Terbaik yang saya hormati. Kita selalu berdoa agar kita sentiasa diselamatkan dari musibah. Tetapi jika Allah ingin menguji kita dengan musibah itu, tiada siapa yang mampu menghalangNya.

Soalnya bagaimana persediaan kita untuk menghadapinya?

Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

Kami Mendengar, Kami Prihatin  
Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 




Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Salam Tahun Baru 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua tetamu-tetamu VVVIP Blog PrudentialBSN Takaful Terbaik. Semoga 2014 memberi 1000 KERAHMATAN, BERTUAH dan penuh KEMAKMURAN.

Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...