Tuesday, December 3, 2013

Masa sihat sebelum datang masa sakit

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

 

Assalamualaikum semua tetamu Blog Prudential Bsn Takaful Terbaik, apa khabar? Saya mengharapkan semuanya dalam keadaan baik. Lama saya tidak update blog ni kerana agak sibuk.

Sihat Sebelum Sakit

Kita biasa dengarkan sabda Rasulullah SAW tentang 5 perkara sebelum 5 perkara? Salah satunya adalah Sihat Sebelum Sakit.

Semasa sihat eloknya kalau kita dapat memanfaatkan kesihatan itu untuk beramal ibadat dan membuat perkara-perkara yang baik yang bermanfaat kepada semua umat manusia.

Alhamdulillah saya memilih kerjaya sebagai perunding takaful untuk memanfaat masa sihat saya. Kerjaya ini mulia kerana membantu ramai orang merancang kewangan mereka.

Kerjaya ini mulia kerana tidak sedikit anak yatim dan balu yang dapat kami bantu mengurangkan beban hidup mereka akibat kematian tunggak keluarga. Alhamdulillah terima kasih ya Allah!

Apa kaitannya dengan takaful?

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana telah mendapat sekeping gambar print screen dari sahabat yang sama kerjaya dengan saya.

Sahabat saya ini telah approach kawannya ini untuk memberi penerangan tentang takadful dengan harapan kawannya ini sertai takaful demi kebaikkannya. Tetapi malangnya telah ditolak mungkin alasan dia masih sihat dan tak perlukan takaful.

Tanggapan yang salah tentang takaful

Ramai di luar sana mengatakan bahawa:

Aku sihat aku tak perlukan takaful
 Inilah alasan ramai orang untuk tidak mengambil takaful. Tahukah anda semua bahawa permohonan medical card anda akan ditolak oleh syarikat takaful sekiranya anda sudah pun sakit?

Sekiranya permohonan anda lulus sekali pun, penyakit yang sedia ada akan dikenakan exclusion dimana ianya tidak akan dilindungi atau dibiayai sekiranya masuk wad.

Adalah penting untuk kita semua menyertai takaful diusia muda dikala masih sihat. Sebagaimana gambar di atas, prospek hanya mencari agen takaful apabila sudah sakit dan bila nak masuk wad. Maaf mana-mana agen takaful tidak dapat membantu anda lagi.

Banyak artikel blog saya berbaur ugutan, pengunjung blog yang dikasihi Allah, saya tidak mengugut anda, apa yang saya sampaikan adalah hakikat kebenaran. Boleh rujuk agen takaful lain untuk kepastian.

Kami ingin membantu anda menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih tenang dan lebih terjamin.

Saya tak pernah memaksa prospek saya untuk join takaful, saya hanya berkongsi dan jika prospek join takaful melalui saya, saya merasa gembira kerana 1 lagi bakal anak yatim telah saya bantu, 1 lagi bakal balu telah saya bantu.

Kita semua ada tarikh lahir, tapi kita semua tiada tarikh mati. Bagaimana persediaan anda untuk menghadapinya? Apa yang bakal anda wariskan kepada keluarga anda selain KESEDIHAN dan BEBAN?

Jangan takut untuk ambil tahu tentang takaful kerana kos ambil tahu adalah PERCUMA

Kami Mendengar, Kami Prihatin
Mohd Zainuddin Awang
019 920 9923
dinprubsntakaful@gmail.com
Executive Wealth Planner
Al-Isra' Associates Sdn bhd

Founder Blog Prudential BSN Takaful Terbaik 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...